Khamis, 19 Februari 2015

Adab Makan Ubat





Assalamualaikum,

Bertemu kembali di blog Jom Sihat Kakmah ni, Sebenarnya kakmah tak adalah pandai sangat,tapi menurut arwah kakak ipar kakmah, bila nak makan ubat ni dia ada adab2 dan cara2 nya yang tertentu supaya kita tidak rasa jemu dan sia-sia bila sepanjang masa kita makan ubat namun penyakit tak juga kunjung sembuh.

Macam kakmah ni hah, dah 2 tahun makan ubat darah tinggi, namun tak juga kunjung sembuh.

Sebenarnya penyakit ni ada dua kondisi. Ada penyakit yang boleh sembuh dengan makan ubat, ada penyakit yang hanya bertahan atau terkawal dengan makan ubat. Ada penyakit yang tak perlu berubat, dia baik dengan sendiri. Semuanya ditentukan oleh Allah...

Contohnya, anak kakmah semasa berusia 9 tahun setelah mendapat tanda2 seperti selalu penat bila
berlari, naik tangga dan muka dan tubuhnya menjadi lebam bila dia terlampau penat, Setelah di pereksa oleh pakar jantung di IJN dia didapati berpenyakit jantung berlubang. Doktor mengesahkan memang ada dua lubang pada injab jantungnya, satu kecil dan satu besar. Bermula dari saat itu mulalah kami berulang alik ke IJN sebulan sekali untuk dipereksa. Tidak ada ubat diberikan, cuma doktor pesan kalau dia sesak nafas segera bawa ke hospital.

Tidak lama kami berulang alik, cuma beberapa bulan sahaja doktor dah mengesahkan lubang tersebut dah tertutup kedua-duanya. Sehingga sekarang nak kakmah itu alhamdulillah sihat, dan tidak pernah mengalami gejala sakit jantung lagi.

Syukur kepada Allah yang telah memberi kesembuhan itu.Kakmah sendiri pun pernah mengalami tumpah darah diakibatkan ketumbuhan yang dinamakan fabroid.Doktor menasihatkan supaya kakmah menjalani pembedahan. Semasa bersiap-siap untuk menjalani pembedahan, kakmah didapati menghidap penyakit darah tinggi. Pembedahan terpaksa ditangguhkan sehingga tekanan darah kakmah turun. Kakmah terpaksa menjalani pemereksaan dua minggu sekali dengan doktor sakit puan. Tidak ada ubat diberikan, tetapi kakmah ada ambil ubat alternatif satu set. Dalam masa menunggu darah turun itulah fabroid kakmah hilang begitu sahaja. Alhamdulillah.

Tetapi penyakit darah tinggi kakmah masih ada, cuma setakat ini sudah terkawal dan hampir normal dengan bantuan ubat darah tinggi yang kakmah ambil setiap hari. Maka disinilah bermulanya adab makan ubat yang kakmah nak kongsikan. 

Pertama kita wajiblah bersabar, bila makan ubat tidak juga sembuh bukan ubat tidak berkesan, kata doktor ubat tersebut bertujuan untuk mengawal supaya sakit tidak semakin teruk. Tidak mustahil penyakit akan sembuh dengan izin Allah.

Kedua, sebelum makan ubat niatkan kita hendak sembuh dengan ubat itu, minta Allah sembuhkan penyakit kita dengan gejalanya sekali. Berselawat sebanyak 3 kali sebelum makan ubat.

Ketiga. Perlu berasa ikhlas makan ubat untuk sembuh. Serah sepenuhnya pada Allah. Niatkan itulah ubat akan menyembuhkan kita, jangan was-was.

Keempat, Jangan mengeluh, dan jangan rasa terpaksa untuk makan ubat, jangan selalu mengucapkan, 'jemu dah makan ubat, sembuhnya tak juga.'

Kelima, makanlah ubat mengikut masa yang ditentukan dengan tepat, kerana kadang-kadang kesilapan masa juga membantutkan proses penyembuhan.

Akhirnya, Berserah hanya pada Allah, kerana hanya dialah yang maha penyembuh. Kalau penyakit belum juga sembuh mintalah pada Allahsupaya sakit itu dijadikan sebagai kifarah kepada dosa kita didunia ini.

Wallahualam...

Jumpa Lagi
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan