Selasa, 27 Mei 2014

Misteri Terungkai

Assalamualaikum,

Alhamdulillah....

Tiba-tiba saja mata ku menjadi teramat kabur, tidak boleh melihat dengan terang. Kalau melihat orang dari jarak 30 meter pun tidak kenal. Kadang-kadang muka orang yang dilihat menjadi kembang, kadang-kadang mereka kelihatan seperti tidak berhidung, tidak bermulut, tidak bermata, rata sahaja, Kadang-kadang kelihatan pipi mereka mengembang. Mata ini terlalu kabur. Bersentuh bahu dengan kawan pun tidak menegur, bukan sombong, tapi mata tak nampak dengan jelas.

Ya Allah ujian apa lagilah ini yang engkau datangkan kepadaku. Walaupun ku terima ujian ini dengan reda tapi aku tertanya-tanya petunjuk apakah ini sebenarnya.

Bukan mata saja yang bermasaalah, kesihatan juga sangat merosot. Berjalan beberapa meter saja buat aku rasa penat teramat sangat apalagi kalau mendaki tangga. Dulu dikalangan kawan-kawan sebaya akulah juara memanjat tangga. Kalau setakat tangga rumahku ditingkat dua ni, aku boleh belari manakala kawan-kawan ku terpaksa berhenti dua kali untuk sampai kerumahku. Kini keadaan itu aku yang mengalaminya pula.

Badan betul-betul rasa tak sihat lemah dan tidak bermaya. Bukan itu saja aku tidak boleh lapar, jika lapar aku rasa seperti nak pitam, badan berpeluh dan tidak bertenaga. Untuk mendapatkan sedikit tenaga tambahan aku sering minum 100 plus dan kadang-kadang aku beli air oren tak kiralah air tin ke botol ke atau air kotak. Tujuannya ialah untuk menghilangkan dahaga yang teramat sangat.Keletihan yang teramat sangat juga membuatkan aku tak larat untuk membuat kerja. Rumah bersepah tak larat nak kemas. Pinggan di sinki dah macam makan 20 orang, berlambak. Kerja yang mampu aku lakukan hanyalah berbaring sambil tengok TV, makan dan tidur. Selepas makan aku mesti mengantuk.

Yang paling memburukan lagi keadaan ku akibat kuat tidur solat ku dah tidak terjaga. Biasanya aku tidur tak kira masa terutamanya lepas makan. Biasanya lepas makan kalau tiada aktiviti aku terus baring dan dalam beberapa minit aku akan terus tertidur. Petang pula biasanya aku akan mengantuk seawal selepas maghrib. Sebaliknya kalau terjaga malam aku akan rasa seperti kurang tidur atau seolah-olah aku telah berjaga dua tiga malam.

Ya Tuhan, apa sebenarnya yang terjadi kepada ku. Apakah masa ku sudah terlalu hampir. Aku amat takut. Ataukah 2 biji sista yang sedang bergayut pada ovary ku sejak sekian lama telah bertukar menjadi penyakit yang amat ditakut oleh semua wanita, membuatkan aku menjadi terlalu lemah. Walaupun doktor pakar telah mengesahkan sis tersebut telah berhenti membesar dan aku kini telah berada di zon selamat, walaupun pada asalnya doktor mencadangkan aku membuang satu-satunya organ kewanitaan ku itu. Tapi disebabkan aku tidak mahu organ itu dibuang, kebetulan pula aku menghidap darah tinggi, pembedahan tersebut telah tertangguh hampir tiga tahun.

Sebenarnya penghidap Fabroid sejak tahun 2007 sejak inya dikesan. Tapi kini telah sembuh sepenuhnya namun ianya digantikan dengan sista pula. Walaubagaimana pun dalam pertemuan dengan doktor pada 9-12-13 yang lalu doktor telah mengesahkan sis itu tidak aktif lagi. Lalu penyakit apakah ini Ya Tuhanku.

30-1-14 sekali lagi pertemuan dengan doktor pakar untuk pemantauan darah tinggi. Doktor dah sahkan darah tinggi dah turun sikit, kencing manis tidak ada. Lalu sakit apa ini, rasanya teramat teruk. Apalah ini akibat dari penyakit batuk yang aku alami selama 6 bulan  tidak berhenti. Tapi sekarang aku dah tak batuk lagi. Ah pening.

6-5-14 sekali lagi aku kena jumpa doktor untuk pemantauan darah tinggi. Kini aku dah pandai kawal makan, kawal tido, darah tinggi pun dah turun hampir ketahap normal. Aku sering buat pemereksaan darah tinggi di farmasi atau dimana saja aku nampak ada alat memereksa darah tersebut. Sebagai persediaan, pada 5-5-14 Isnin itu aku buat pemerekassa darah tinggi difarmasi. Alhamdulillah berkat ringan mulut pembantu farmasi tersebut bertanya sama ada aku nak periksa gula dalam darah juga atau tidak. Aku jawab ya....

Aku tidak terperanjat bila pembantu tu mengatakan darah tinggi naik sedikit dan gula dalam darah tidak boleh baca. " maksudnya?" Saja je aku bertanya padahal jawapannya telah aku tahu berdasarkan aktiviti pemakanan aku sejak akhir2 ini. Kek, air 100 plus, air tin, kotak botol, teh '0' ais, ABC, nasi dan bermacam lagi yang menjadi obess ku. 'Terlalu tinggi' Jawabnya sedikit cuak sambil menasihatkan aku supaya berjumpa doktor segera.

6-5-14 aku ceritakan semua pada doktor, sekali lagi jariku dicucuk dan setitis darah diambil untuk bacaan gula.'22.2' Walaupun aku tak tahu apa maknanya tapi aku tahu bacaan itu sangat tinggi. Aku dinasihatkan untuk buat pemereksaan tiap-tiap hari selama seminggu dan 15-5-14 sekali lagi aku kena jumpa doktor dengan keputusan darah selama seminggu.

8-5-14   = 19.9
9-5-14   = 14.9
10-5-14 = 14.5
11-5-14 = 15.9
12-5-14 = 12.9
13-5-14 = 10.3
14-5-14 = 9.9
15-5-14 = 11

Hahhh...begitulah keputusannya.
Akhirnya dengan berat hati aku terpaksa menerima kenyataan bahawa kencing ku terlalu manis. 
Inilah yang mengakibatkan segala macam komplikasi yang aku rasakan selama ini. Namun aku masih ada harapan kerana ini masih pada peringkat awal. Doktor pun tidak memberiku apa-apa ubat sekadar kawal makan katanya.

Apa yang perlu aku kawal. Jangan makan nasi. Jangan minum air gula. Jangan makan kek....bab ini buat aku betul-betul nak menangis...sebab aku tokea kek. Jangan makan buah yang manismanis, seperti pisang,beti, embikai, mangga.....itu semua buah kegemaran ku. Aku boleh makan 5 biji pisang montel sekali hadap. Huhuhu...Buah apa yang boleh dimakan, belimbing besi, jambu batu.Ambik kau, besi dengan batu aja ang aku boleh makan.

Kini terjawablah sudah misteri selama ini. Dan kini aku rasa sihat dah sikit dengan kawalan makanan yang aku buat sendiri. 

Moralnya, hati-hatilah kawan2, kalau ada simptom macam sayani, cepat2 jumpa doktor yee..dan lagi kalau makan tu biar berjadual, biar sederhana dan jangan berlebihan.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Ahad, 4 Mei 2014

Gla Complex

SAIZ  : 60 BIJI
Harga : SM RM 91.25
SS RM 95.00
POS : RM 6.00
SS : RM 10.00
Assalamualaikum,

Manfaat Utama GLA

  • Herba Tradisi Yang Dipercayai - Boraga adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal Selia Estrogen danTestosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masaalah prostat lelaki dan masaalah kerap kencing
  • Menentang Kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki Inflamasi Kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit , eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism dan artritis.
  • Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan 



Sabtu, 26 April 2014

Sustained Release Vita C 500 mg ( Saiz 90 biji )

Harga
SM RM 37.50
SS RM 40.00
Assalamualaikum,

Manfaat Utama.

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot. tisu, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.
  • Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.                              Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masaalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolestrol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Cadangan Pengambilan - 

Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali setiap hari, 2 tablet setiap kali ( Lepas makan )
Untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit : 3 kali sehari 2 tablet setiap kali.





Rabu, 2 April 2014

Alfalfa Complex ( Baik Untuk Pengidap Sakit Didalam Perut dan Mempunyai Tahap Kolestrol Yang Tinggi )

Assalamualaikum

Harga :
Saiz S (330 ) SM/ RM53.75 SS/ RM56.25
Saiz L ( 700 ) SM/ RM 97.50, SS/ RM102.50
POS : RM 10.00
Manfaat Utama

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2,500 tahun dan telah dikenal pasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat glian.Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat didalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan Protein, Asid Amino, Klorofil, Serat, 15 zat Galian, 10 Vitamin, 8 Enzim dan Fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
  • Mencuci Hati, Darah dan Usus - Ini adalah makanan yang sangat berakali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap, bau badan dan ulat air ( athlete's foot ) dengan berkesan.
  • Baik Untuk Perubahan Patologi didalam Usus Dan Perut - Memperbaiki masaalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyinkirkan Lemak Dan Kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok, dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi Saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan Tumor - Memakan 30 - 50 tablet untuk mengalkalikan badan dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan Keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  • Mencegah dan Merawat Atritis - Melegakan sakit aritis dan kesakitan.
Rekomendasi:
Untuk kesihatan berpanjangan         :     2 kali sehari - 10 biji setiap pengambilan.

Larutkan 10 biji Alfalfa didalam air, campurkan 3 biji Shaklee Pappermint-Ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk rasa yang lebih enak. Ia baik untuk sistem usus dan perut. Sesuai untuk diminum pada bila-bila masa.

Untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah dan melawan kanser  : 3 hingga 4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan, diambil dengan air kosong.


Selamat Mencuba.


Energizing Soy Protein (khas untuk pesakit kencing manis.)

Assalamualaikum,

Sallam Ceria Selalu.
ESP atau Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk didalam pasaran 
menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkayakan dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik ( G.I. ) yang rendah ia itu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manafaat Utama:-
  • Awet Muda - Asid Amino penting untuk membina otot, keke, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon - Kacang Soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas didalam sel badan sebelum ia menukar sel DNA kepada sel kanser.Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan kesembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan, stress.
  • Membaiki Pigmentasi - Membaiki masaalah rambut seperti rambit beruban dan gugur, membaiki masaalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti,dorongan seksual dan rangsangan.

Rekomendasi :
2-3 kali sehari, 2 sudu besar ( perut kosong ) (boleh campur dengan Meal Shakes dan Performance Drink.)

Selasa, 18 Mac 2014

Vivix

                                             

Assalamualaikum,

Ini dia,
Satu Penemuan Revolusionari dalam anti penuaan tahap sellular.

Vivix, merupakan suppliment anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No. 1 suppliment makanan di Amerika.

Didalam kajian Makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

Dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular :-


  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • menggalakkan biogenesis ( Pembentukan baru mitochondria)
  • Melambatkan pembetukan protin AGE (Advance Glycation End products )
  • Juga menolong membantu menjaga dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.
Sebarang pertanyaan hubungi kakmah di 016 9540985 - atau whatsApp no 017-9850 721

Wassalam

Jumaat, 14 Februari 2014

Apakah itu Cysts atau Sista

Assalamualaikum,

Sallam pagi minggu yang ceria.

Cysts atau Sista adalah satu penyakit yang sering menghinggapi wanita yang berusia pertengahan, disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon didalam badan kita. Tapi ia berkemungkinan juga untuk menghinggapi wanita muda dan warga emas.

Sista adalah sejenis ketumbuhan yang berbentuk kantung air, yang lazimnya tumbuh dihujung ovari wanita. Ia ibarat belon yang diisi air dan digayutkan pada ovari kita.

Menurut doktor yang merawat kakmah, sista ini tidak membahaya
kan tubuh kita selagi ia berada didalam bentuk asalnya iaitu sista.

Apa yang dibimbangkan ialah sista ini sering bertukar menjadi kanser dalam jangka masa yang tidak dapat dijangka atau pun ditentukan dengan pasti.

Hampir tidak ada ubat moden yang dapat menyembuhkan atau mengecutkan sista ini. Satu-satunya cara untuk menyembuhkan sista ini adalah dengan membuang terus ovary yang dijangkati penyakit ini iaitu melalui pembedahan. Biasanya bila dilakukan  pembedahan, bukan sahaja ovary yang dibuang, malah keseluruhan rahim akan dibuang demi mengelakan sista menjangkiti tempat lain.

Sebagai penghidap sista sejak 3 tahun yang lalu, setakat ini kesihatan kakmah masih stabil, dan kakmah diberi kelongaran untuk memilih sama ada hendak menjalani pembedahan atau pun tidak memandangkan sis kakmah tidak lagi membesar sebaliknya ukurannya tetap sama sejak ianya dikesan.

Harapan kakmah agar diri kakmah ini bebas dari penyakit ini.  untuk itu kakmah  sekarang sedang mengambil suplimen Shaklee khas untuk orang yang berpenyakit sis. Tolong doakan kakmah sembuh sepenuhnya yee.

Semuga jumpa lagi.

Wassalam.

Isnin, 6 Januari 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, rahmat tahun baru, dapat juga kakmah nak memajukan blog kakmah yang satu ini. Sebenarnya dah lama kakmah register blog ini tapi tak tau nak tulis apa, walaupun tajuk nya dah ada, tapi kakmah rasa tak mampu nak membuat pengisian mengikut tajuk yang diberi. 

Kini kakmah dah ada bahan untuk membuat pengisian blog ini. Tunggukan kehadiran blog ini untuk menambahkan koleksi blog kakmah.

Semuga jumpa lagi
Wassalamj