Jumaat, 14 Februari 2014

Apakah itu Cysts atau Sista

Assalamualaikum,

Sallam pagi minggu yang ceria.

Cysts atau Sista adalah satu penyakit yang sering menghinggapi wanita yang berusia pertengahan, disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon didalam badan kita. Tapi ia berkemungkinan juga untuk menghinggapi wanita muda dan warga emas.

Sista adalah sejenis ketumbuhan yang berbentuk kantung air, yang lazimnya tumbuh dihujung ovari wanita. Ia ibarat belon yang diisi air dan digayutkan pada ovari kita.

Menurut doktor yang merawat kakmah, sista ini tidak membahaya
kan tubuh kita selagi ia berada didalam bentuk asalnya iaitu sista.

Apa yang dibimbangkan ialah sista ini sering bertukar menjadi kanser dalam jangka masa yang tidak dapat dijangka atau pun ditentukan dengan pasti.

Hampir tidak ada ubat moden yang dapat menyembuhkan atau mengecutkan sista ini. Satu-satunya cara untuk menyembuhkan sista ini adalah dengan membuang terus ovary yang dijangkati penyakit ini iaitu melalui pembedahan. Biasanya bila dilakukan  pembedahan, bukan sahaja ovary yang dibuang, malah keseluruhan rahim akan dibuang demi mengelakan sista menjangkiti tempat lain.

Sebagai penghidap sista sejak 3 tahun yang lalu, setakat ini kesihatan kakmah masih stabil, dan kakmah diberi kelongaran untuk memilih sama ada hendak menjalani pembedahan atau pun tidak memandangkan sis kakmah tidak lagi membesar sebaliknya ukurannya tetap sama sejak ianya dikesan.

Harapan kakmah agar diri kakmah ini bebas dari penyakit ini.  untuk itu kakmah  sekarang sedang mengambil suplimen Shaklee khas untuk orang yang berpenyakit sis. Tolong doakan kakmah sembuh sepenuhnya yee.

Semuga jumpa lagi.

Wassalam.